December 27, 2007

Teori Kegunaan dan Pemuasan

Teori Kegunaan dan Pemuasan (Uses and Gratifications Theory) diadaptasi dari tradisi Teori Fungsionalis yang diperkenalkan oleh para sosiologis termasuk Jay Blumler dan Elihu Katz.

Jika ditelusuri sejarah Teori Kegunaan dan Pemuasan ini, ia mula diperkenalkan pada awal tahun 1940-an hasil daripada kajian oleh Herzog (1944), Suchman (1942), dan Berelson (1949). Menurut Katz, Blumler dan Gurevitch (1974, dalam Samsuddin A. Rahim, 2003:68) kebanyakan kajian mengenai komunikasi tertumpu pada sejauh mana sesuatu maklumat yang disebarkan melalui media dapat mempengaruhi sikap atau tingkah laku orang ramai. Tumpuan yang sedemikian menunjukkan seolah-olah tidak ada fungsi lain untuk komunikasi massa selain daripada tujuan pembujukan.

Oleh itu, Blumler dan Katz (1974), mencadangkan bahawa menurut Teori Kegunaan dan Pemuasan pengguna media (khalayak) memainkan peranan yang aktif dalam memilih dan menggunakan media. Menurut kenyataannya, pengguna media mengambil bahagian dalam proses komunikasi secara aktif dan menjadi sasaran media. Blumler dan Katz menyatakan bahawa pengguna media mencari bahan atau program yang disiarkan yang mampu memberikan kepuasan kepada pengguna media. Hal ini bermakna Teori Kegunaan dan Pemuasan mengandaikan bahawa pendengar mempunyai hak untuk memilih dalam memberikan kepuasan kepada kehendak mereka. (http://www.google.com/spring2001/uses.htm)

Berdasarkan penjelasan tersebut, Katz lebih menjurus kepada kesan komunikasi. Perkara ini disebabkan pada ketika itu banyak kajian menunjukkan media tidak begitu berpengaruh untuk mengubah sikap dan tingkah laku khalayaknya. Contohnya, kajian Lazarsfeld yang kemudiannya mencadangkan hipotesis sebaran dua peringkat setelah mendapati media tidak begitu berpengaruh untuk memujuk orang ramai mengundi seseorang calon dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat. (Samsuddin A. Rahim, 2003:68).

Di sini Katz menimbulkan satu persoalan iaitu Teori Kegunaan dan Pemuasan lebih releven kepada permasalahan kajian seperti “Apakah yang dilakukan oleh orang ramai apabila mereka membaca atau menonton media?” Dan bukannya “Apakah yang dapat dilakukan oleh media kepada orang ramai?” seperti yang dipersoalkan oleh kebanyakkan sarjana terdahulu. Hal ini kerana khalayak mempunyai sebab atau persepsi mengapa mendedahkan diri kepada media. Dalam konteks ini, media merujuk kepada radio.

Teori kegunaan dan Pemuasan ini pada asasnya mempunyai andaian berikut:

a) Khalayak adalah sebagai individu yang aktif iaitu mereka mempunyai tujuan dan matlamat tertentu apabila mendedahkan diri kepada media.
b) Dalam proses komunikasi massa, daya usaha untuk menentukan pemilihan media untuk memenuhi sesuatu keperluan ditentukan oleh pendengar.
c) Media sentiasa bertanding dengan sumber-sumber lain untuk memuaskan keperluan pendengar.
(McQuail dan Windhal 1981, Tan 1981).

Berdasarkan andaian pertama iaitu khalayak adalah sebagai individu yang aktif iaitu mereka mempunyai tujuan dan matlamat tertentu apabila mendedahkan diri kepada media adalah berdasarkan kepada keperluan pendengar itu sendiri. Sebagai contohnya, seseorang pendengar mendengar radio mungkin kerana ingin mendapatkan pengetahuan melalui program radio yang disiarkan.

Seterusnya, dalam proses komunikasi massa, daya usaha untuk menentukan pemilihan media untuk memenuhi sesuatu keperluan ditentukan oleh pendengar. Hal ini menjelaskan bahawa persepsi pendengar juga bergantung kepada pemilihan pendengar terhadap sesuatu siaran yang dikatakan memberi kepuasan kepada pendengar.

Andaian yang seterusnya ialah media sentiasa bertanding serta bersaing dengan sumber-sumber lain untuk memuaskan keperluan pendengar. Matlamat mana-mana stesen media adalah untuk mendapatkan keuntungan dan mencapai matlamat stesen tersebut. Hal ini kerana radio yang mempunyai pendengar yang ramai akan mendapat pengiklan yang ramai dan keuntungan akan meningkat.

Selain itu, tingkah laku individu boleh dikatakan banyak dipengaruhi oleh keperluan dan minat seseorang individu dan bukan semata-mata disebabkan oleh ciri-ciri isi kandungan media secara tersendiri. Bagi Blumler, McQuail dan Brown (1972), ada beberapa kategori keperluan yang ingin dipenuhi oleh pendengar apabila mendedahkan diri kepada media iaitu:

a) Kepelbagaian (untuk mengelakkan diri daripada keadaan yang biasa, meluahkan perasaan).
b) Hubungan peribadi (keperluan maklumat untuk bahan perbualan dalam interaksi sosial, menganggap media sebagai ‘teman’ menghibur).
c) Identiti peribadi atau psikologi peribadi (pengukuhan nilai, memberikan jaminan diri, memahami diri, menerokai realiti hidup dan lain-lain).
d) Risikan (mencari maklumat tentang sesuatu yang mungkin akan mempengaruhi diri atau membantu individu mencapai dan melakukan sesuatu.

Kategori di atas merupakan antara ciri-ciri keperluan yang diperlukan oleh pendengar. Persepsi pendengar bagi ciri kategori ialah pendengar mendengar radio untuk melepaskan diri dari tekanan atau masalah.

Manakala persepsi pendengar berdasarkan hubungan peribadi ialah dengan menganggap radio sebagai teman menghibur. Dalam konteks ini pendengar melihat radio kegemarannya sebagai teman yang sentiasa berada di sampingnya.

Pendengar yang berpendapat bahawa dengan mendengar rancangan radio mampu membentuk identiti diri, semestinya memilih rancangan yang mampu membentuk peribadi diri. Bagi pendengar yang melihat radio sebagai sumber risikan, biasanya adalah untuk mendapatkan maklumat atau menambahkan ilmu pengetahuan.

Ringkasnya, Teori Kegunaan dan Pemuasan ini menjelaskan mengenai kehendak pendengar serta persepsi yang berbeza dari setiap pendengar berdasarkan kehendak mereka terhadap media dan bukannya “Apakah yang dapat dilakukan oleh media kepada orang ramai”.

14 comments:

Anonymous said...

kak intan camane plak ngan teori ni tapi dari segi berita tv?
kiter nie jr kak tau.. huhu

IntanLal said...

to anonymous: lain kali bg nama real k. teori mana? teori UNG? teori nie sangat sesuai untuk kaji persepsi khalayak terhadap media dan bagaimana media menggunakan medium media.

berita tv? x salah jika kita nk kaitkan persepsi khalayak dengan berita tv. baca prinsip asas UNG. God wills, akan faham sebab UNG adalah antara teori yg mudah difahami dengan gaya penampaian yg tidak heavy. tidak seperti difussion.

Anonymous said...

slm kak,cmna nk kaitkan teori UNG dgn friendster.tajuk tesis sya meninjau keperluan dan kepuasan penggunaan frienster dalm kalangan pelajar

IntanLal said...

salam,

Dik, internet merupakan salah sebuah medium media yang kita kenali sebagai media interaktif (mungkin kerana fungsinya secara teknikal lebih canggih berbanding analog. berbalik kepada asas teori UNG iaitu apa yang media (internet) dapat lakukan kepda orang ramai?...ini yang perlu difahami terlebih dahulu.

Adik patut melihat kepada persoalan kajian (permasalahan kajian). sekiranya adik ingin meneliti keperluan dan kepuasan pengguna, pada pandangan saya, adik boleh menggunakan teori ini.

TQ

sesuci kasihnya fabregas said...

salam kak, akak da note utk teori2 lain tak? sya studen komunikasi UKM.plz.. x kisah la papa yang akak leh share ngn sya.

IntanLal said...

salam sesuci kasihnya fabregas: note ape dik? maaf akak lambat reply. akak bercuti. thanks coz lawati blog akak.

Anonymous said...

salam kak intan

sy skang ni tgh kaji facebook n teori yg sy nk guna pn teori ni gak cume sy buntu la cz prof sy tu terlalu meletak tahap yg tinggi dia nk tesis yg memang hebat n boleh d angkat ke PHD...dh 13x proposal sy direjek...ni last sy wat kalo kena rejek jgk sy tak mau buat dh...cume alasan yg selalu diberi tajuk kajian sy mcm budak2 dgree la...tak gah la...dh ramai org buat la...

pd pandangan kakak la kalo nk guna teori ni kan ape yg harus sy kaji n kupas kalo pilih facebook...
sory sbb sy takde blog...

tq...
hidayat ukm
facebook: mhfcw27@gmail.com

IntanLal said...

Wslm. Hidayat,

wah...susah jugak ni...

akak pun bukannya hebat sangat, tp ini just opinion akak jer...kita kna lihat fb sbg satu medium perantaraan yg baru (interaktif) teori ung kita blh gunakan if kita nak kaji persepsi pengguna terhadap fb dan terdapat 19 elemen utk teori UNG sekuranya kita explore.

2) kita blh kaji perkembagan teknologi fb itu sendiri. (ini kena teliti skit dia nyer history and cuba lihat apa technological determinism blh buat untuk fb.)

3) kadang2 kita rasa teori tue sesuai dengan kajian kt, tetapi sebenarnya ada lg teori2 lain yg sesuai.

4) utk tajuk fb nie, apa yg blh akak nasihatkan ialah apa yg hidayat nak kaji? nak teliti perkembangan fb ke? nak teliti persepsi pengguna terhadap penggunaan fb ke, and etc. if nak guna ung kna pastikan betul2 19 elemen tersebut. if ikutkan teori fungsionalis elemen yg di bagi mmg tak banyak tp kita blh explore sebenarnya.

wallahu alam.

tq. harap ini membantu. lgi satu never give up and stop at the top. itu hanya cabaran kecil. :)

Anonymous said...

salam akak...
berjumpe lagi...

UNG tu ape?

sy ingat nk kaji 1 drpd aplikasi yg ada pada fb dan kaitakan aplikasi tsbt dgn sifat personaliti seseorg /manusia....samada pilih plajar ukm je or banding ngan budak skolah...

ok tak?
sesuai tak guna teori tu?

akak adepandangan or nasihat?

akak ade ym ke fb ke....bole sy tanya online secara terus...sy perlukan seseorg tuk bantu sy...


tq3x...

IntanLal said...

hidayat,

UNG tue Users & Gratification Theory a.k.a Teori Kegunaan & Pemuasan.

apa yg satu drpd aplikasi facebook tue? actually teori nie blh guna if hidayat terangkan apa slh satu aplikasi tersebut. tp bila hidayat sebut pasal personaliti, maka tak salah jika kita kaitkan dengan teori maslow. cuba lihat teori kepuasan maslow dlu and teliti tiap2 elemen yg ada dan cuba kaitkan dengan apa yg hidayat nak sampaikan.

lg satu try cari model kegunaan dan pemuasan Rosengren 1974. try cari model ini dan model maslow. ok.

owh add jer akak kat fb.

Nur Badriah said...

salam kak.. waa sy bangga ngn kakak ni.. sy jr. kkak dr ums jg.. bru ja nk cr nota psl penulisan pr, tba2 jmpa ngn blok kkak ni, snior comm ums rpa nya.. aktif plk 2, skrng kt ums en.suhaimi da wajibkn plajr2 comm ada blog msg2.. kalo ada msa kkak jenguk2 la blog kta org n bg tunjuk ajar mna yg patut... kekeke

Saleem said...

thanks kak .

malam ni sy exam ..

ade teori ni akan masuk ...

Pelangi Petang said...

Salam..hai kak..saya nak minta penjelasan sikit tntg kenyataan akak yang ini:[Jika ditelusuri sejarah Teori Kegunaan dan Pemuasan ini, ia mula diperkenalkan pada awal tahun 1940-an hasil daripada kajian oleh Herzog (1944), Suchman (1942), dan Berelson (1949). Menurut Katz, Blumler dan Gurevitch (1974, dalam Samsuddin A. Rahim, 2003:68)] boleh saya tahu sumber nya? yang samsuddin tu buku ke jurnal ke?or?

IntanLal said...

Wslm. Pelangi Petang,

Jika ditelusuri sejarah Teori Kegunaan dan Pemuasan ini, ia mula diperkenalkan pada awal tahun 1940-an hasil daripada kajian oleh Herzog (1944), Suchman (1942), dan Berelson (1949)....ini dari buku yg berbeza...

Menurut Katz, Blumler dan Gurevitch (1974, dalam Samsuddin A. Rahim, 2003:68)]... Ini dari buku Samsuddin A Rahim.